UNJURAN SUBJEK DCE 5633 (PENGURUSAN KONFLIK) - DR JAMILAH OTHMAN, TELAH DIBUKA. SILA LAYARI PORTAL PELAJAR UNTUK MENDAFTAR BAGI KURSUS TERBABIT SEBELUM TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PADA 2 JULAI 2009.
Kemaskini Terakhir ( Isnin, 29 Jun 2009 )
KELAS GANTIAN DCE 5950 -STATISTIK SAINS SOSIAL
Ditulis Oleh Maznah Basir
Isnin, 29 Jun 2009
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR MHRD PJJ
KELAS GANTIAN BAGI SUBJEK DCE 5950 (STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL) - DR BAHAMAN KAN DI ADAKAN PADA TARIKH DAN MASA SEPERTI DI BAWAH:
TARIKH : 5 JULAI 2009 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : JAB. PEMAJUAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN
LANJUTAN (JPPPL),
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM
KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN
Kemaskini Terakhir ( Isnin, 29 Jun 2009 )
SEMAKAN GRED DAN SEMAKAN GAGAL DIBERHENTIKAN
Ditulis Oleh Nuruzulakma Zainal
Selasa, 09 Jun 2009
SEMAKAN GRED
Kepada semua pelajar master PJJ yang ingin membuat Semakan Gred, sila gunakan borang dibawah (tidak dibenarkan menggunakan borang online bagi portal pelajar v2).
*Sila sertakan bayaran wang pos RM50 (atas nama 'BENDAHARI UPM') bagi setiap subjek. Permohonan tidak akan diproses jika borang serta bayaran tersebut tidak diterima.
*Sila sertakan bukti penghantaran tugasan sekiranya markah tugasan tiada.
*Tarikh akhir Semakan Gred pada 25 Jun 2009 (Khamis)
Pelajar yang menggunakan portal pelajar v2, sila mohon Semakan Gagal Diberhentikan secara online didalam portal pelajar dan hantar borang tersebut beserta bayaran (sila sertakan bayaran wang pos bernilai RM50 atas nama 'BENDAHARI UPM').
Pelajar yang menggunakan portal pelajar v1, sila isi borang dibawah untuk semakan Gagal Diberhentikan (sila sertakan bayaran wang pos bernilai RM50atas nama 'BENDAHARI UPM')
*Tarikh akhir Semakan Gagal Diberhentikan pada 9 Julai 2009 (Khamis)
Berikut adalah senarai nama pelajar layak bergraduat yang telah disahkan dalam Mesyuarat Senat UPM Ke-524 (8 Jun 2009). Majlis konvokesyen ke-33 UPM akan berlangsung pada 8-11 Ogos 2009. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.
SUKAN KELUARGA & MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PJJ-UPM
Ditulis Oleh Administrator
Khamis, 04 Jun 2009
Temasya Sukan Keluarga dan Majlis Makan Malam Tahunan PJJ-UPM yang akan diadakan pada 20 – 22 November 2009 bertujuan untuk membantu aktiviti peningkatan program PJJ-UPM melalui sukan dan riadah serta menampilkan keaktifan pelajar PJJ-UPM. Selain itu, Temasya Sukan Keluarga dan Majlis Makan Malam Tahunan ini dapat memupuk tali persaudaraan dan dan hubungan integrasi tiga penjuru pelajar-pensyarah-staf PPL antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Antara pengisian acara pada Temasya Sukan Keluarga dan Majlis Makan Malam Tahunan adalah seperti berikut :
1.Futsal
2.Bola Jaring
3.Bola Tampar Lelaki
4.Ping Pong
5.Karom
6.Dart
7.Tarik Tali
8.Merentas Kampus
9.Sukan Rakyat
10.Memancing
11.Golf Mini
12.Pesta Pantun
13.Majlis Makan Malam
Pelajar PJJ-UPM adalah digalakkan untuk menyertai acara yang akan diadakan dengan mewakili pasukan masing-masing yang terdiri daripada wakil setiap pusat dengan pembahagian kontigen seperti berikut :
1.Kontigen Utara
2.Kontigen Timur
3.Kontigen Tengah
4.Kontigen Malaysia Timur I (Sabah)
5.Kontigen Malaysia Timur II (Sarawak)
6.Kontigen Selatan
7.Kontigen PPL dan Pensyarah PJJ
8.Kontigen Program Master PJJ
Kemaskini Terakhir ( Isnin, 08 Jun 2009 )
UNJURAN KURSUS MENGIKUT PROGRAM MASTER PJJ SEMESTER PERTAMA 2009/2010
Ditulis Oleh Maznah Basir
Isnin, 25 Mei 2009
UNJURAN KURSUS MENGIKUT PROGRAM MASTER PJJ BAGI SEMESTER PERTAMA 2009/2010
Diharap semua pelajar daapt mengemaskini maklumat peribadi
pelajar pada portal pelajar terutamanya pada bahagian alamat surat
menyurat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan. Ini bagi
memudahkan pihak kami menyampaikan segala maklumat kepada pelajar
dengan tepat.
Bagi pelajar tajaan yang belum menghantar surat tawaran tajaan ke Unit Kewangan, sila hantar / pos / faks ke
UNIT KEWANGAN
PUSAT PENDIDIKAN LUAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
(U/P: CIK SHAFAWATI ABDUL AZIZ)
NO TEL : 03-8946 8813
NO FAX : 03-8941 0930
* untuk tajaan MARA, hantar salinan surat tawaran beserta dengan jadual anggaran pinjaman pelajaran MARA
Mulai Semester Kedua 2008/2009 MARA akan membuat pembayaran terus
kepada pelajar. Sekiranya pelajar masih belum menerima sebarang bayaran
dari pihak MARA sila hubungi terus dengan Cik Shafawati di talian
03-8946 8813
Kemaskini Terakhir ( Jumaat, 15 Mei 2009 )
Guidelines for KOM 5989 Project Paper report
Ditulis Oleh Administrator
Khamis, 07 Mei 2009
kepada semua pelajar program MCCOMM yang membuat kertas projek sila ikut panduan penulisan Kerta Projek yang di selaraskan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Kamonukasi.
Bagi pelajar program Master Pembangunan Sumber Manusia dan MPPBMP sila muat turun borang di bahagian borang atau klik di sini
Kemaskini Terakhir ( Selasa, 10 Mac 2009 )
Makluman Sesi Serahan Perjanjian PTPTN
Ditulis Oleh Administrator
Selasa, 10 Mac 2009
Perhatian kepada pelajar yang membuat permohonan Pinjaman Pendidikan
PTPTN secara on-line dan telah berjaya ditawarkan pinjaman tersebut,
anda dikehendaki untuk mencetak dan membuat satu salinan set Dokumen
Tawaran Perjanjian. Anda perlu mengisi dan melengkapkan kedua-dua set
Dokumen Tawaran Perjanjian tersebut dan hadir ke sesi serahan dokumen
perjanjian pinjaman PTPTN yang akan diadakan. Klik di sini untuk maklumat terperinci