|
Pengambilan Pelajar Baharu |
|
Pengambilan pelajar baharu dibuat dua (2) kali setahun, iaitu bagi pengambilan Semester Pertama dan Semester Kedua. Kuasa bagi menentukan jumlah bilangan pengambilan pelajar adalah tertakluk kepada Fakulti dan juga Bahagian Akademik UPM. Semua calon yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Bacelor PJJ dikehendaki mendaftar diri sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu yang dibuat di Pusat Pendidikan Luar UPM, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. |
|
Semua pelajar baharu yang telah mendaftar perlu menghadiri Hari Pendaftaran Pelajar Baharu sebelum memulakan program pengajian. Penerangan mengenai struktur program, keperluan kursus, tugasan, peperiksaan, panduan akademik, kewangan dan cara pembelajaran akan diberikan selama tiga (3) hari bermula pada hari Jumaat sehingga Ahad di Pusat Pendidikan Luar, UPM, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah. |
|
Sistem dan Tempoh Pengajian |
| Pengajian bagi Program Bacelor PJJ dibahagikan kepada dua (2) semester iaitu Semester Pertama (Jun - Oktober) dan Semester Kedua (Disember - April). |
|
Pada setiap semester pelajar akan mengambil 9 - 15 jam kredit per semester mengikut pakej kursus yang ditawarkan pada semester tersebut. Secara keseluruhannya, pelajar akan mengambil 120 jam kredit bagi membolehkan para pelajar bergraduat. Kursus - kursus tersebut ialah Kursus Teras Fakulti, Kursus Teras Bidang dan Kursus Elektif Fakulti. Pelajar dijangka bergraduat selepas tempoh pengajian selama empat (4) tahun. |
|
Pendaftaran Kursus |
|
Bagi pelajar baharu pendaftaran kursus akan dibuat oleh PPL manakala pelajar senior iaitu pelajar Semester 2 dan seterusnya perlu membuat pendaftaran kursus secara online bagi mendaftar kursus yang perlu diambil bagi semester tersebut. |
|
Pengajaran dan Pembelajaran |
|
Program Bacelor PJJ menekankan pembelajaran persendirian. Pembelajaran seperti ini adalah fleksibel bagi membolehkan mereka yang bekerja untuk melanjutkan program pengajian masing-masing. |
|
Untuk memudahkan para pelajar mengikuti pengajian ini, beberapa sokongan pembelajaran telah diberikan. Pelajar akan menghadiri Perjumpaan Bersemuka di Kampus Induk UPM sebanyak dua (2) kali setiap semester iaitu Minggu Pertama (1) sehingga Minggu Ketiga (3) pengajian mengikut Jadual Perjumpaan Bersemuka yang disusun oleh PPL dan Minggu Kelapan (8) sehingga Minggu Kesepuluh (10) pengajian selepas Peperiksaan Pertengahan. Perjumpaan itu melibatkan perbincangan di antara pelajar dan Pengajar UPM bagi kursus yang diambil mengenai tajuk-tajuk penting, nota, tugasan dan peperiksaan. Setiap kursus mengambil masa dua (2) jam. Bagi memudahkan proses pembelajaran ini, penggunaan IT telah diperluaskan dengan menggunakan Lintas Langsung Interaktif PPL (LIP) iaitu komunikasi dua hala di antara Pensyarah UPM (Pengajar Kursus) dan pelajar pada Perjumpaan Bersemuka tersebut atau menggunakan Rakaman Pengajaran dan Pembelajaran PPL (PERL) sebagai proses mengulangkaji bagi kursus yang diambil. |
|
Di Pusat Pembelajaran, para pelajar akan menghadiri tutorial sebanyak enam (6) kali perjumpaan bersama Tutor yang dilantik oleh UPM bagi kursus yang diambil. Tiga (3) kali tutorial sebelum Peperiksaan Pertengahan dan tiga (3) kali sebelum Peperiksaan Akhir. Setiap perjumpaan tutorial mengambil masa selama dua (2) jam. |
|
Selain daripada itu, pelajar adalah digesa untuk membuat pelbagai rujukan bagi menyokong pembelajaran kursus-kursus yang diambil secara bersendirian. Pelajar hendaklah tidak bergantung kepada kemudahan dan bahan sokongan yang diatur oleh pihak Universiti semata-mata dan seharusnya mempunyai displin yang tinggi dalam meneruskan proses pembelajaran ini. |
|
Bahasa Pengantar |
|
Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. |
|
Sistem Penilaian |
|
Prestasi pelajar dinilai dengan menggunakan kaedah penilaian berterusan. Sesuatu kursus dinilai melalui tugasan, peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir. Semua pelajar wajib menduduki peperiksaan yang akan diadakan di Pusat Pembelajaran pada masa yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan, Bahagian Akademik PPL, UPM. |
|
Status Pelajar |
|
Status pelajar pada setiap semester adalah didasarkan kepada prestasi akademiknya, pada akhir semester berkenaan dan statusnya pada semester sebelumnya. Status baik diberikan kepada pelajar yang memperolehi Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 2.000 ke atas manakala pelajar yang mendapat PNGK kurang dari 2.000 akan diberi status amaran, percubaan atau diberhentikan. |
|
Syarat Bergraduat |
|
Setiap pelajar yang telah mendaftar bagi maksud program pengajian dan telah lulus semua kursus yang diwajibkan bagi program ini atau kursus yang setara, dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan bagi program yang diambil serta mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) tidak kurang daripada 2.000 berhak untuk bergraduat. Walaupun begitu hak untuk bergraduat boleh digantung atau dilupuskan, dimana berkenaan, oleh sesuatu hukuman akademik. |
|
Penganugerahan dan Konvokesyen |
|
Penganugerahan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda adalah hak mutlak UPM. Pihak UPM akan mengeluarkan ijazah berkenaan serta menyenaraikan penerima ijzah tersebut pada konvokesyen yang ditetapkan di UPM Serdang. Ijazah yang dikeluarkan adalah sepenuhnya anugerah UPM, sama seperti ijazah yang dianugerahkan kepada pelajar dalam kampus. |
|
Hak - hak UPM |
|
UPM mempunyai hak untuk menerima atau menolak atau membatal serta menerima balik mana - mana permohonan, status pelajar dan rayuan yang ditawar, diterima atau dibuat kepada dan daripada pelajar, mengikut peraturan dan keputusan pihak berkuasa Universiti dan berhak meminda mana - mana peraturan yang terkandung di dalam laman web ini. |
|
Cara Memohon |
|
Permohonan boleh dibuat melalui Laman Web PPL - Program Bacelor PJJ secara 'Online' pada bila - bila masa sahaja. Pengumuman bagi pengambilan pelajar baharu akan diiklankan di dalam akhbar - akhbar utama, biasanya 1 - 3 bulan sebelum Semester Pertama atau Semester Kedua bermula. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada:- |
|
Unit Kemasukan dan Hal Ehwal Tutorial
Bahagian Akademik
Pusat Pendidikan Luar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel: 603 89412891 / 60389468815
No Faks: 603 89458902 |